HERBA KUCING GALAK amat baik untuk beberaparawatan dalam perubatan homeopathy.Di antaranya untuk berkumur, ubat penyakit kulit dan minuman penguat tubuh terutama yang menghadapi masalah dengan kelmahan zakarnya .
Pokok Kucing Galak atau nama saintifiknya ‘Acalypha Indica‘
yang tumbuh liar ini berasal dari India dan di negara-negara sebelah
sini. Pokok ini adalah dari jenis berbatang lembut dan berdaun dan
berbuah hijau.
Ia menjadi salah satu kegemaran kucing memakannya untuk menambah tenaga
terutama kucing jantan yang mampu melayan berapa banyak kucing betina.
Kucing betina pula memakan daun dan buahnya terutama selepas melahirkan
bagi mengembalikan kekuatannya.
Keseluruhan pokok kucnig galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat
berguna dalam perubatan Homeopathy yang boleh digunakan bagi merawat
asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia
dikatakan boleh menambah ‘tenaga’.
Buahnya yang hijau dan lembut mengandungi biji yang lembut juga. Walau
apapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah yang terbaik.
Pokok kucing galak boleh dibiakkan melalui biji benih. Buahnya akan
mencambahkan biji apabila telah matang iaitu apabila matang, buah itu
akan meletus dengan sendiri.
Tapi apa pula khasiatnya kepada manusia?
Menurut Dr. Mohd Said Saad (Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan,
Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada
bahagian akar dan daun.
Anda boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit
kulit, merawat ulser mulut, kuatkan tenaga batin dan menambahkan
kekuatan badan. Secara umumnya, anda ikutilah langkah berikut;
1. Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).
2. Bersihkannya terlebih dulu.
3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.
Kemudian, anda teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:
Ulser Mulut
Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah
dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan
sebelum masuk tidur. Amalkan sehingga anda sembuh.
Penyakit Kulit
Basuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan
petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.
Menguatkan Tenaga Batin dan Badan Kuat
Anda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak
tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu.
Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan
tujuan lain yang seumpama dengannya.
No comments:
Post a Comment